Tuesday 25 November 2014

23 November 2014 Athirah

Gambar customer yang sama ambil pakage makeup nikah dan sanding pada 22 dan 23 November 2014. Yang bawah ni adalah gambar makeup sanding hasil dari tangan saya.

Pada yang mencari makeup artist perempuan boleh cari sy untuk booking date.. yang pasti harga yang murah dan berpatutan. hasil makeup yg memuaskan hati anda...







Saturday 22 November 2014

22 November 2014 - Athirah Solemnization

Assalamualaikum...

Makeup Solemnization customer hari ini di Kepong, KL.
Request by customer nak lite lite shj... so ini hasilnya...

Pada yg mencari Makeup artist perempuan boleh la cr saya.. Harga murah dan berpatutan yg pasti hasil solekan memuaskan hati anda... series murah... booking la cepat2!!!





Saturday 1 November 2014

1 November 2014

Done makeup customer for today...



 Next job 8 n 9 november class makeup with customer
Next job 23 november makeup customer

So pd yg belum.. cepat2 booking tau.. mmg puas hati... murah lg...

Sunday 19 October 2014

Foundation Supra Kryolan Original


7gram    RM20.00
10gram   RM25.00
55 ml   RM200.00

NB untuk kulit kuning langsat
FS36 untuk kulit biasa yg gelap sedikit
FS38 untuk kulit biasa
FS45 untuk kulit biasa yg cerah

Inginkan mekap yang cantik dan tahan lama serta kulit nampak licin gebu? dapatkan SUPRA COLOUR FOUNDATION BY KRYOLAN  yang pasti hasilnya sangat meletup. Di pack semula dlm bekas 7gram untuk mampu di beli dan miliki.

* Bedak asas trend mekap artis dan mak andam terkini. * Hasilnya, Long Lasting & Halus.
*Dapatkan segera kerana stok terhad.
*Telah lama digunakan oleh mekap artis Malaysia semenjak 1999 tapi rahsia ini tak pernah diketahui oleh ramai sehingga kini kerana ia sebahagian dari rahsia solekan cantik dan flawless

Ciri-ciri produk :
- sesuai digunakan oleh orang yang kulitnya bermasalah seperti jerawat, ada kedut-kedut, kulit kasar (big open pores) kerana ia memberikan hasil yang flawless & paling bagus digunakan dengan tv paint stick bagi memberikan kesan tahan lama dan well-balanced.


Cara Menggunakannya : 
1) Cuci muka dari kotoran / Minyak.
2) sapu toner dan moisturizer dahulu kemudian Calit Supra & Sapu di sudut empat muka anda Dahi, Pipi, Dagu & Hidung.
3) Gunakan span untuk ratakan di seluruh wajah.
4) Pakai sedikit bedak untuk membuat lapisan asas pada wajah & juga untuk tahan lebih lama.

Open booking makeup utk bulan 11 dan 12 (2014)

Open booking makeup utk bulan 11 dan 12... still available... 
1 and 23 nov dah ada org book. Cepat2 booking.. comfirm x menyesal...



Pada yg mencari makeup artist perempuan dgn harga yg murah dan hasil solekan yg memuaskan hati boleh cari saya..



Website:




Call msg whatsapp:

0142354512 shikin

Thursday 16 October 2014

Snailwhite Products

.mask. RM10.00 (3pcs)

.moisturizer spray. RM25.00

.cream moisturizer. RM45.00



.facial soap. RM10.00



Monday 18 August 2014

Delfi 17.08.2014

Assalamualaikum and Hai pada semua yang sudi singgah di blog saya. Today nak followup sikit picture makeup member dari kecik berkawan sampai besar.

Seminggu nak bertunang boleh pulak tibai mandi laut. Habis muka die naik jerawat. Jangan tiru aksi ni ye. Tahniah Delfi dah engagement, kena ikat dah. Tak lama jadi bini orang. Jagan pulak mandi laut lagi bila nak sanding. 

Hope menepati cita rasa ya. Hehehhhe 



Thursday 24 July 2014

Raya 2014

Assalamualaikum

Pada yang sudi singgah di blog saya, terima kasih banyak-banyak coz sudi meluangkn masa anda di blog kami. Saya nak ucapkan SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN pada yang mengenali sy. jika ada salah dan silap harap dimaafkn. 0-0 ye.


Friday 27 June 2014

Miss Aida & Friend 27.06.2014

Tq Miss and friend coz choose me as ur MUA on your dinner ceremony.. hope miss n friend enjoy time dinner tu ya...

 





New From Us

     Assalamualaikum... Alhamdulillah, now Sentuhan Rizalkin dah pun ada Pelamin in da house. Pelamin Nikah, Tunang atau Sanding. Pilih saja mana satu yang anda suka. Kami akan bagi yang terbaik untuk anda. Harga pun berpatutan dan memuaskan hati.

    Kami juga turut mengambil tempahan untuk gubahan hantaran sama ada menggunakan fresh flower ataupun artificial flower. Semua mengikut citarasa anda. Sure memuaskan hati.

      Kami juga mempunyai pakage baju, makeup dan pelamin.
Pakage candy buffet and more. Layari blog kami. Dan jika ada sebarang pertanyaan boleh call msg or whatsapp seperti biasa...

Terima kasih...

Monday 2 June 2014

Panduan Raja Sehari


Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Melayu.


Merisik:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka
perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
  • Cincin belah rotan. (cincin tanda)
  • Wang tanda (hantaran)
  • Baju sepasang atau kain
  • Buah-buahan
  • Kuih-muih
  • Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
  • Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
  • Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis. Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
  • Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
  • Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
  • Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.


Pada Hari Pertunangan:

  • Cincin berlian
  • Sirih junjung
  • Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
  • Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.
Panduan Ringkas Menuju Ke Alam Perkahwinan
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.


8-6 Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:


Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapabdari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  • Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  • Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
  • Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
  • Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
  • Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
  • Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
  • Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
Bagi Pengantin Lelaki:
  • Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

5 Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
  • Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
  • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  • Membeli cincin kahwin.
  • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
  • Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
  • Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
  • Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
  • Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.


3 Bulan Sebelum Perkahwinan: 
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  • Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
  • Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi Pengantin Lelaki:
  • Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  • Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi Pengantin Perempuan:
  • Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
  • Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.

2 Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Membeli barang kemas
  • Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  • Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
  • Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

3 Minggu Sebelum Perkahwinan:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi Pengantin Perempuan:
  • Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

3 - 1 Hari Sebelum Perkahwinan:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  • Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut.
  • Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
  • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi Pengantin Lelaki:
  • Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi Pengantin Perempuan:
  • Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)


Tambah rezeki dengan Perkahwinan 

Islam sebagai satu jalan dan cara hidup komprehensif memberi penekanan penting meletakkan garis panduan serta piawaian tinggi yang terperinci bagi membimbing manusia ke arah keredaanNya.
Dalam Islam, perkahwinan dan hubungan suami isteri serta seisi keluarga adalah perkara mulia dipandang penting.
Allah SWT yang mencipta manusia dengan sebaik kejadian, meletakkan unsur syahwat dan menanam perasaan kasih sayang yang bergerak selari dengan perkembangan kemanusiaan itu sendiri.
Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia, contohnya keperluan ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup serta keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang.
Oleh itu, semua orang yang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin dan membina keluarga.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Rum, ayat 21)
Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga.
Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.
Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)
Namun begitu, sekiranya seseorang belum mempunyai kemampuan dan persediaan menempuh kehidupan berkeluarga, maka hendaklah berusaha menahan hawa nafsu dengan sebaiknya.
Panduan itu diberikan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: "Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Islam sebenarnya tidak menggalakkan umatnya mengambil sikap berkecuali dengan tidak mementingkan urusan perkahwinan. Rasulullah SAW pernah menggambarkan kegembiraan Baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai hasil daripada perkahwinan berlangsung di kalangan umatnya.
Sabda Baginda SAW bermaksud: "Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda: "Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak." (Riwayat Ahmad)
Namun begitu, kita perlu melihat dengan lebih terperinci bahawa apa yang menjadi impian Rasulullah SAW adalah umatnya ramai, berkualiti, mempunyai jati diri Muslim sebenar.

Merancang Kehamilan atau Jantina Anak

   Saya rasa, masih ramai lagi yang tertanya-tanya, camne nak tau hari subur dan hari tak subur. Mase yg kita perlu elak kalau nak jarakkan anak. Mase yang terbaik untuk "buat anak".. heheh..

Allah anugerahkan manusia tu akal untuk berfikir. Walaupun setiap sesuatu yg berlaku adalah termaktub dalam Qadha' & Qadar Allah, namun kita disuruh untuk berikhtiar utk memperolehi sesuatu. Selebihnya, berdoa & bertawakallah kepadaNYA. Sesungguhnya DIA-lah yg maha mengetahui.

KALENDER KESUBURAN BULANAN
(Let's say haid jatuh pd 1hb)

Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10 hari)

Hari Subur (untuk mendapatkan baby boy): 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)

Hari Subur (untuk mendapatkan baby girl): 18,19,19,20,21,22,23 (7 hari)

Hari Tidak Subur: 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)

Walaupun masa haid hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

Sumber: Dr.Hamid Arshad's Q&A article

Bagaimana merancang jantina?

Berikut adalah petua yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa kromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa kromosom X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:

Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:

Merancang anak lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan
(Rancang pemakanan ni 2-3 bulan awal2 sebelum mencuba. Jgn lak mase dah lekat baru nak makan.. dah tak kira dah tu..)

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

More...

Untuk dapatkan anak lelaki
1- banyakkan makan sayur untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- deep penetration, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ni laju tapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki

Untuk dapatkan anak perempuan
1- banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- subsurface penetration, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati.Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum

Sunday 1 June 2014

Hello June 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur masih sihat. Lama sungguh saya tak update blog. Dengan kesempatan yang ada ni sedikit follow up tentang saya. Moga bulan-bulan yang berikut dapat saya masukkan gambar-gambar baru hasil solekan saya. 

For this month, banyak sangat undangan perkahwinan yang saya dapat dari kawan dan saudara. Time table pula tak pack so boleh dikatakan every weekend saya attend wedding reception. 

Kepada yang berminat untuk booking makeup boleh call or msg or whatsapp saya seperti biasa 0142354512.. walaupun bz masih lagi menerima booking makeup pelbagai majlis seperti biasa.

Sekian, 
Terima Kasih.



Thursday 27 March 2014

29 and 30 March 2014 - Bukit Jalil

Come come visit us Sentuhan Rizalkin this weekend at BUKIT JALIL. BOOTH NO.138 N 137... 10.00am to 10.00pm... selling makeup product, promotion makeup for any event and also  handphone accessori, MONOPOD and more... 4 vendors also join me. Make sure you come visit us this weekend!!!!!! Murah2 murah2 murah2!!!!

Bersantai dgn #localbrand #localtalent #localarts sambil usha2 live band... ^_^



Sunday 16 March 2014

Handflower untuk tempahan

Pada yang berminat nak menempah handflower boleh
call/msg/whatsapp 0142354512 ($hikin)💄
Rm50.00 sahaja....

#cheaper #puashati #beautiful #sentuhanrizalkin #engagement #solemnization #reception #dinner #normal

08.03.2014 Makeup Customer di Adolf Hotel KL Central

Assalamualaikum and hi pada semua yang sudi singgah di blog saya dan mengikuti segala perkembangan saya, terima kasih tak terhingga.. Thanks a lot pada sister sister ni yang sudi mengambil saya as makeup artis diorang. Tak sempat saya ambil picture sis2 dalam full dress time dinner because sis2 sume ni kene attend meeting dulu baru attend dinner. 





Thursday 6 March 2014

Visit us at Kafe Uwa Kithcen Every Friday

Hi alls. Nak update cikit and just nak inform. Every friday kami open booth dalam Kafe Uwa Kitchen di Plaza Mont Kiara. From 7.00am until 4.00pm. 

A lots of stuff korang boleh beli dengan harga paling murah. We had many types hijap, clothes, makeup, handbag,

Makanan kat KAFE UWA KITCHEN pun pelbagai. So boleh hangout sambil shopping. 

Makeup trial also free if datang jumpa saya. Any purchase u can get free gift from us such as necklace, pin tudung, mask n more. 

#call #msg #whatsapp #shikin #0142354512 
#fb:sentuhan rizalkin

Wednesday 5 March 2014

FOUNDATION KRYOLAN SUPRA COLOR


FOUNDATION KRYOLAN SUPRA COLOR
(( 7g )) RM20.00
CALL WHATSAPP MSG 0142354512

Produk ini telah lama digunakan oleh mekap artis Malaysia semenjak 1999 tapi rahsia ini tak pernah diketahui oleh ramai sehingga kini kerana ia sebahagian dari rahsia solekan cantik dan flawless. 

Ciri-ciri produk: oily base- sesuai digunakan oleh org bermasalah spt jerawat, garis2 tua, kulit kasar (big open pores) kerana ia memberikan hasil yg flawless giler. utk org kulit normal & kering amat2 sesuai.
 Kebaikan KRYOLAN SUPRA COLOR foundationMemberi efek kulit muka yg licinMenutup parut jerawat, jeragat & celaTidak perlu memakai bedak. Ringkas, mudah & cepat. Amat jimat!! hanya oles sdkt shj dpt diseratakan keseluruhan wajah

CODE FS38 - SESUAI UNTUK KULIT ASIA SPT LISDAWATI
CODE FS45 - SESUAI UNTUK KULIT ASIA CERAH SEDIKIT



Sunday 2 February 2014

31.01.2014 Makeup Umi

Picture smlm... makeup customer kat segambut masjid. Pada yg mencari makeup artist, boleh call/msg/whatsapp at 014-2354512. Or layari Facebook saya di Sentuhan Rizalkin. Harga yg diberi berpatutan dan amatlah berpuas hati. So ape lagi cepat-cepatlah booking!!



Friday 17 January 2014

Welcome 2014

Assalam and hi to all.. firstly saya nak ucap ribuan terima kasih pada mereka yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ini. Tak lupa juga pada semua customer saya, thanks a lot coz choose me as your makeup artist on your ceremony. Hope sentuhan makeup saya memuaskan hati anda semua. 

Now 2014. lembaran baru pun dah tiba. Sesiapa yang nak booking date or ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi saya atau whatsapp pun boleh. Macam biasa, bayaran untuk booking date RM50.00. The rest after makeup siap semua baru bayar. Untuk percubaan or trial makeup, jika anda datang ke rumah saya  free sahaja, if kerumah anda caj dikenakan hanya RM30.00 sahaja.

Setakat ini, alhamdulillah ramai yang berpuas hati dengan solekan saya. syukur sangat-sangat pada yang esa. Jadi pada yang belum mendapatkan khidmat saya, boleh hubungi saya di 014-2354512 (Shikin).  

Terima Kasih.
@}--------- 

Thursday 16 January 2014